Selasa, 13 April 2010

Pekerja yang mulia

Bayangkan anda merupakan seorang tokeh dan saya adalah pekerja anda. Anda bayar gaji saya RM10 sehari. Setiap hari anda membayar dan saya terus bekerja. Anda juga mempunyai pekerja lain yang anda bayar RM40 sehari kepadanya. Bayangkan saya tak pernah meminta penambahan gaji. Walaupun sudah bekerja 10, 20 tahun…tetap gaji saya RM10 sehari. Tanpa merungut, saya bekerja dengan rela hati.
Pada suatu hari, anda terlantar sakit dan tak mampu meneruskan perniagaan. Pekerja yang anda bayar RM40 sehari itu telah lari dan bekerja dengan syarikat lain. Saya akan tetap berkhidmat untuk anda. Disebabkan anda membayarkan gaji kepada saya setiap hari, saya amat berhutang budi dan berterima kasih. Saya akan memulangkan semua gaji yang anda telah bayar kepada saya dan menanggung semua kos rawatan anda.

Mahukah anda mengambil saya bekerja.
Telefon saya Khairil Amri: 018 3766433

Isnin, 12 April 2010

Perihal Hutang

Pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Reference: http://www.zaharuddin.net/content/view/487/92/

Kad utk rawatan TANPA TUNAI

Kenapa anda perlukan 'medical card' ?

1. Kos rawatan meningkat saban tahun

2. Peningkatan pengidap penyakit kronik (sakit jantung, diabetes, cancer, dll)

3. Terlalu ramai pesakit di hospotal kerajaan


4. Simpanan anda dapat diselamatkan

SmartMedic 100













Kelebihan SmartMedic 100

- Jaminan pembaharuan Pelan SmartMedic 100 sehingga umur 80 tahun

- Bil rawatan percuma bernilai sehingga RM 600,000.00

- Menepati kehendak syariah

- Rawatan pesakit luar bagi Dialisis Buah Pinggang dan kanser

- Rawatan pesakit luar bagi kecemasan dan kemalangan

- Pelepasan cukai tahunan sehingga RM 3000 setiap tahun

- Khairat kematian sebanyak RM 5000 (tanpa mengira sebab kematian)

- Tiada co-takaful. Pembiayaan 100% kepada bil-bil perubatan anda.



Kalau ditanya kepada mereka yang sedang sakit di hospital.. pastinya mereka mahukan medical card sekarang..namun tiada yang dapat membantu..walaupun mereka akan membayar beribu-ribu  kepada saya..
saya pasti akan menolak...saya tidak mahukan wang anda..tapi saya mahu anda sedar betapa pentingnya kesihatan anda kepada diri dan keluarga anda. Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Mengapa perlu tunggu lagi..bertindak segera..sebelum TERLAMBAT..

Call/ SMS:   018 3766433

Jumaat, 9 April 2010

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.

Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: “Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: “Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Sayangilah keluarga anda...sementara masih sempat.

Ketahui cara untuk menunjukkan kasih sayang anda , dapatkan khidmat nasihat percuma dari saya:
Khairil Amri, consultant insuran anda... 0183766433

Dalil mengenai hutang

Dalil al-Quran :
·         Surah an-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud :
o    “pembahagian-pembahagian tersebut sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.
o    “sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.
o    “sudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu”.
o    “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris).
 
Dalil Hadis :
·         Hadis Abu Hurairah r.a : “Sesungguhnya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menaklukkan negeri, baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin dari pada diri mereka sendiri. Oleh itu sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya”.

·         Hadis Abu Hurairah r.a katanya : “ Ada seorang lelaki yang mempunyai hak pada Rasulullah s.a.w bercakap kasar dengan baginda, sehingga para sahabat Nabi s.a.w merasa susah hati. Maka Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya pemilik hak itu boleh berkata apa saja. Baginda bersabda: Belikanlah seekor unta lalu berikanlah kepadanya. Lalu mereka berkata: Kami tidak mendapatkan apa-apa kecuali unta yang lebih baik dari pada untanya. Baginda bersabda lagi: Belilah dan berikanlah kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang

·         Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w :“Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata : Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah Dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari”


Menurut zahir surah an-Nisa’ ayat ke 11 itu seolah-olah wasiat didahulukan daripada hutang. Namun sebaliknya, hutang didahulukan daripada wasiat. Pertama sekali hendaklah dibayar semua hutang si mati, kemudian ditunaikan wasiatnya. Inilah yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ali bin Abi Talib berkata : “Mungkin kamu memahami ayat itu dengan mendahulukan wasiat daripada hutang, tetapi Rasulullah mendahulukan hutang daripada wasiat”.

Adapun hikmah mendahulukan sebutan wasiat dalam ayat, kerana hutang tetap menjadi hak orang yang berpiutang sebelum dan sesudah wafatnya orang yang berhutang. Apabila orang yang berhutang meninggal dunia, orang yang punya piutang mungkin menuntut kepada ahli warisnya. Maknanya hutang akan dibayar juga.

Berlainan dengan wasiat si mati yang mungkin tidak ada pihak lain yang menuntut, maka didahulukan sebutannya dalam ayat supaya diingat dan menjadi perhatian.

Berdasarkan nas-nas tersebut, Allah s.w.t mengatur dan manusia menentukan bahagian setiap ahli waris. Walaupun manusia ingin membuat pembahagian yang adil, mereka tidak sanggup melakukannya. Manusia tidak sanggup membuat pembahagian yang adil seperti yang ditetapkan Allah kerana mereka tidak tahu mana yang lebih mendatangkan manfaat di antara ahli-ahli waris.


http://www.arb.com.my/Article/ped/ikimFM5.htm#2