Jumaat, 9 April 2010

Dalil mengenai hutang

Dalil al-Quran :
·         Surah an-Nisa’ ayat 11-12 yang bermaksud :
o    “pembahagian-pembahagian tersebut sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.
o    “sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya”.
o    “sudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu”.
o    “sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris).
 
Dalil Hadis :
·         Hadis Abu Hurairah r.a : “Sesungguhnya pernah ada jenazah seorang lelaki yang mempunyai hutang dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda bertanya: Apakah dia ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya? Sekiranya baginda diberitahu bahawa orang tersebut ada meninggalkan sesuatu untuk membayar hutangnya, maka baginda akan mendirikan sembahyang ke atas jenazahnya sekiranya dia tidak meninggalkan sesuatu baginda bersabda: Sembahyangkanlah ke atas temanmu itu. Setelah Allah memberikan kemudahan kepada baginda dalam menaklukkan negeri, baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap orang-orang mukmin dari pada diri mereka sendiri. Oleh itu sesiapa yang mati meninggalkan hutang maka akulah yang akan membayarnya dan sesiapa yang mati meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya”.

·         Hadis Abu Hurairah r.a katanya : “ Ada seorang lelaki yang mempunyai hak pada Rasulullah s.a.w bercakap kasar dengan baginda, sehingga para sahabat Nabi s.a.w merasa susah hati. Maka Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya pemilik hak itu boleh berkata apa saja. Baginda bersabda: Belikanlah seekor unta lalu berikanlah kepadanya. Lalu mereka berkata: Kami tidak mendapatkan apa-apa kecuali unta yang lebih baik dari pada untanya. Baginda bersabda lagi: Belilah dan berikanlah kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang

·         Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w :“Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata : Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah Dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari”


Menurut zahir surah an-Nisa’ ayat ke 11 itu seolah-olah wasiat didahulukan daripada hutang. Namun sebaliknya, hutang didahulukan daripada wasiat. Pertama sekali hendaklah dibayar semua hutang si mati, kemudian ditunaikan wasiatnya. Inilah yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ali bin Abi Talib berkata : “Mungkin kamu memahami ayat itu dengan mendahulukan wasiat daripada hutang, tetapi Rasulullah mendahulukan hutang daripada wasiat”.

Adapun hikmah mendahulukan sebutan wasiat dalam ayat, kerana hutang tetap menjadi hak orang yang berpiutang sebelum dan sesudah wafatnya orang yang berhutang. Apabila orang yang berhutang meninggal dunia, orang yang punya piutang mungkin menuntut kepada ahli warisnya. Maknanya hutang akan dibayar juga.

Berlainan dengan wasiat si mati yang mungkin tidak ada pihak lain yang menuntut, maka didahulukan sebutannya dalam ayat supaya diingat dan menjadi perhatian.

Berdasarkan nas-nas tersebut, Allah s.w.t mengatur dan manusia menentukan bahagian setiap ahli waris. Walaupun manusia ingin membuat pembahagian yang adil, mereka tidak sanggup melakukannya. Manusia tidak sanggup membuat pembahagian yang adil seperti yang ditetapkan Allah kerana mereka tidak tahu mana yang lebih mendatangkan manfaat di antara ahli-ahli waris.


http://www.arb.com.my/Article/ped/ikimFM5.htm#2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan